30 Dis 2009

PENGUMUMAN KHAS


ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاتة

MAKLUMAN KHAS


Blog Pasti Bestari Pusat Bandar Puchong telah berpindah ke laman blog baru di

http://pastibestari.blogspot.com/






11 Nov 2008

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang

TAHNIAH kepada Pasti Bestari kerana kedua-dua pelajar cemerlang Kawasan Puchong telah dimenangi oleh PASTI Bestari..Teruskan cemerlang.!

9 Sep 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Pihak Jawatankuasa Pasti Bestari dan juga Editor Pasti Bestari Blogspot mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam khususnya pelajar-pelajar dan ibubapa.

11 Jun 2008

MATAPELAJARAN

MATAPELAJARAN UTAMA

TADIKA DAN PRA TADIKA
1. Bahasa Malaysia 1&2
2. Bahasa Inggeris 1&2
3. Bahasa Arab 1&2
4. Matematik 1&2
5. Jawi 1&2
6. Pendidikan Sosial
7. Asas Al-Quran

MATAPELAJARAN SAMPINGAN

PERIBADI MUSLIM
1. Ibadah
2. Sirah
3. Akhlak Mulia

ASAS AL-QURAN
1. Iqra'
2. Hafazan
3. Pra Penulisan

ASAS KOMUNIKASI
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Jawi

SAINS DAN SOSIAL
1. Matematik
2. Sains dan Sosial
3. Alam & Manusia

Sejarah penubuhan PASTI

Sejarah penubuhan PASTI

Thursday, 16 August 2007

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985 TAsKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988.

Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.

Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan

10 Jun 2008

LATARBELAKANG

Cetusan dan ilham untuk menubuhkan PASTI BESTARI telah bermula sejak tahun 2005 lagi oleh para pecinta Islam dan pendakwah Islam Pusat Bandar Puchong bagi mengisi kekosongan Produk Pendidikan Islam yang tiada pada ketika itu.

Berkat kesabaran dan pengorbanan pelbagai pihak maka PASTI BESTARI memulakan operasinya pada tahun 2006, dengan permulaan yang agak baik di mana PASTI BESTARI telah mendapat sambutan di kalangan ibu bapa.

Dengan pengalaman ini PASTI BESTARI akan terus mengorak langkah kehadapan bagi mengisi Kurikulum Islam Seawal Umur. Semoga usaha ini mendapat sambutan dari kalangan ibubapa. InsyaAllah.

3 Jan 2008

Pasti Bestari 2008

Assalamualaikum
Alhamdulillah PASTI BESTARI telah melangkah ke tahun ke-3 penubuhannya. Segala usaha dalam menguruskan dan menggerakkanPASTI BESTARI pastinya mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT. Semoga PASTI BESTARI terus menjadi PUSAT TARBIAH buat anak-anak di PUCHONG.

Editor
Weblog Pasti Bestari

29 Ogo 2007

Sukan Pasti 2007

Sukan Gabungan Pasti telah diadakan di Padang Puchong Intan baru-baru ini. Sukan tersebut telah disertai oleh 6 buah Pasti Kawasan Puchong termasuk Pasti Bestari. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua tenaga kerja Pasti Bestari, pihak pengurusan, ibu bapa yang tidak jemu menyokong, guru-guru dan pelajar Pasti Bestari.



Pelajar yang mengambil bahagian dalam perbarisan mempersembahkan formasi yang telah dilatih




Sokongan yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa pelajar. Terima kasih daun keladi. ......





Acara junjung pundi kacang bagi murid 4 thn.



Penyampaian hadiah. Pasti Bestari berjaya memenangi acara susun tin lelaki& perempuan(6thn)-tempat kedua, isi air dalam botol (5 thn)-tempat ketiga dan beberapa acara lagi.

28 Ogo 2007

Pelajar Pasti Bestari 2007


21 Ogo 2007

Pasti Bestari 2007

Assalamualaikum....
Editor memohon maaf atas kelewatan mengupdate blog Pasti Bestari ini atas masalah teknikal. Password yang diguna pakai selama ini menghadapi sedikit masalah. InsyaAllah dalam masa terdekat editor akan memaparkan maklumat-maklumat terkini berkaitan Pasti Bestari.

4 Dis 2006

PELAJAR TERBAIK BESTARI 2006

Pelajar Cemerlang Pasti Bestari 2006

Sedang membaca ucapan wakil pelajar sewaktu majlis ihtifal pasti bestari

pada 11 November 2006

23 Nov 2006

GELAGAT PELAJAR



Adik tengok apa kat atas tu?....ada cicak ker?

WAKTU MAKAN DI PASTI



Sedapnya makan...dah baca doa ke belum?

SUKAN PASTI

LAWATAN ZOO NEGARA

PELAJAR-PELAJAR PASTI BESTARI

HARI KESEDARAN KESIHATAN

GURU PASTI BESTARI

19 Okt 2006

Sejarah Pasti Bestari

Pasti Bestari ditubuhkan pada tahun 2002 dengan inisiatif daripada beberapa pihak tertentu. Pasti ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan Islam pada anak-anak.

 
PASTI BESTARI © 2007 Template feito por Templates para Você